Thursday, December 16, 2010

Serba Sedikit Tentang Elena dalam KDA2

Elena pula seorang yang bercita-cita tinggi dan focus. Dia mula menyedari bahawa dia ingin menjadi penghibur sejak berumur 5 tahun. Elena seorang yang setia kepada keluarganya terutama kepada adik dan ibunya. Dia juga seorang yang konservatif dan tidak berani mengambil risiko, dia hanya mengambil risiko jika keberangkaliannya dikira. Elena seorang yang suka memilih kawan dan memiliki lingkaran kawan yang besar tetapi hanya sekelompok kecil yang rapat dan dipercayai. Dia sukar untuk mempercayai dan membiarkan orang mendekatinya tetapi setelah rapat dia sangat setia kepada mereka. Elena juga sangat disenangi teman-teman dan guru kerana dia sangat rajin membantu dan boleh diharap lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan tugasan. Dia sangat menjaga tubuh badan dan beratnya, oleh itu dia hanya makan makanan yang sangat sihat. Namun, ketika stress, marah atau terganggu dia menjadi lemah kepada makanan segera seperti KFC Hot n Spicy. Elena mempunyai tiga kebolehan iaitu berlakon, menari dan menyanyi. Dia menulis lag sendiri. Dia menulis lagu di tempat kecil rahsianya yang juga merupakan ruangan rahsia Akim. Kemahiran menarinya lebih tertumpu kepda tarian tradisional dan konvensional seperto ballet, jazz, tap dan ballroom.

No comments:

Post a Comment